ZIKIR “AL-BAQIYAT AL-SALIHAT” MENGGUGURKAN DOSA
ZIKIR “AL-BAQIYAT AL-SALIHAT” MENGGUGURKAN DOSA
* * * * *
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ غُصْنًا، فَنَفَضَهُ، فَلَمْ يَنْتَفِضْ، ثُمَّ نَفَضَهُ، فَلَمْ يَنْتَفِضْ، ثُمَّ نَفَضَهُ، فَانْتَفَضَ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ: سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحـَمْدُ ِلِله، وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ، تَنْفُضُ الْخـَطَايَا كَمَا تَنْفُضُ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا
Daripada Anas [bin Mālik] (w.93H) رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau meriwayatkan bahawa:
Sesungguhnya Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah mengambil sebatang dahan pokok, lalu Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menggoyangkannya [agar gugur daun-daunnya], akan tetapi daun-daunnya masih belum gugur semuanya. Kemudian Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menggoyangkannya lagi, akan tetapi daun-daunnya masih juga belum gugur semuanya. Lalu Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menggoyangkannya sekali lagi, dan gugurlah kesemua daun-daunnya.
Setelah itu, Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pun bersabda: “Sesungguhnya [ucapan zikir]:
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحـَمْدُ ِلِله وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
“Subḥānallah”: Maha suci Allah [dari segala kekurangan], dan “Alḥamdulillāh”: Segala pujian hanyalah bagi Allah [yang memiliki segala kesempurnaan dan memberikan segala kurniaan], dan “Lā Ilāha Illā Allāh”: Tiada tuhan [yang berhak disembah] melainkan Allah, dan “Allāhu Akbar”: Allah Maha Besar [kemuliaan dan keagungan-Nya],
menggugurkan dosa-dosa sepertimana dahan pokok ini menggugurkan daunnya.”
T: (Aḥmad (241H): al-Musnad), No. 12125 [Lafaz di atas]; (al-Bukhārī (256H): al-Adab al-Mufrad), No. 634; (al-Tirmidzī (279H): al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidzī)), No. 3533; (Abū Nuʿaym al-Asbahānī (430H): Ḥilyat al-Awliyāʾ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyāʾ), No. 6454; (al-Ṭabarānī (360H): al-Duʿā’), No. 1688 & 1689 dan lain-lain. [Status: Ḥasan]
Disediakan oleh:
Dr. Abdullaah Jalil
Ahli Majlis Akademik ISLAMI